Wednesday 8 March 2017

BERANI BANGKIT

Pengalaman lalu ajar kak lin untuk jadi lebih berani dalam dunia bisness.
.
Kak lin dah pernah cuba didalam dunia trading dan mlm. Bagi kak lin kedua2nya ada nilai masing2. Kedua2nya ada baik dan buruknya.
.
Ada juga insan2 yang memperlekehkan perjalanan bisness kak lin,ada yang kata
'semua ko nak buat'
.
Kak lin balas dengan senyuman. Tak apa, ada pengalaman yang mahal yang kak lin belajar dari setiap kesilapan kak lin. Ada harga yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit yang kak lin terima.
.
Bagi kak lin, setiap perjalanan yang diatur oleh ALLAH itu pasti bersebab. Tak guna mengadu domba, tak guna menuduh sini sana. Sebab memang perjalanan itu dah ditakdirkan. Jadi,terima sahaja!
.
Kak lin baru setahun jagung dalam dunia bisness,tapi ALLAH dah bagi kak lin rasa dan lihat banyak perkara dalam dunia perniagaan ni.
.
Selain kenal ramai orang dalam dunia perniagaan, berniaga ni juga mengajar kak lin mengenal diri dan mengenal maha pencipta. Syukur Allah pilih kak lin.
.
.
Setiap orang pasti ada cerita mereka tersendiri, kak lin doakan sahabat2 bisness semua sentiasa tabah dan kental dalam mengharungi dunia bisness yang penuh mencabar ni.
.
Jangan takut dengan cabaran!!
Belajarlah dari kisah rama2 yang keluar dari kepompong sendiri.😊😊

No comments:

Post a Comment