Monday 25 July 2016

Ikan Segar Sekinchan

Teks : Noor Ezzalin
Foto : Noor Ezzalin


"BALIK KAMPUNG, BALIK KAMPUNG HATI RIANG'.Tidak dapat dinafikan semua pasti teruja untuk pulang ke kampung halaman. Pelbagai cerita menarik yang ingin KAK LIN kongsikan sepanjang KAK LIN di kampung.

Pengalaman paling menarik ketika di kampung adalah membeli belah. Bukan sekadar di bandar sahaja tau KAK LIN boleh mebeli belah, di kampung pun kegilaan membeli belah menular juga didalam segenap jiwa. Tapi kali  ni membeli belah berbeza dari membeli belah di KL. Kali ni kita membeli belah ikan segar di jeti Sekinchan. Keterujaan membeli ikan segar tidak sama seperti membeli baju dan tudung di SOGO dan jalan TAR. Sekinchan kini sudah dijadikan pusat pelancongan yang tersengam indah.

Bagi peminat-peminat ikan segar, anda sangat dialu-alukan untuk datang ke Sekinchan. Biasanya perjalanan dari KL mengambil masa selama 2 jam. Sekinchan terletak didalam daerah Sabak Bernam. Senang je tau nak pergi Sekincan ni. Anda boleh menggunakan lebuh raya LATAR untuk ke Kuala Selangor. Selepas tu anda terus sehingga ke bandar SEKINCHAN. Perhatikan dsebelah kiri anda terdapat balai polis sekinchan. Sebelum trafic light belok ke kiri. Teruskan perjalanan sehingga ke simpang tiga. Sehingga anda sampai disimpang tiga, belok ke kanan. Perhatikan dikiri anda,terdapat beberapa kedai yang menjual ikan ikan segar.

Sekiranya anda meneruskan perjalanan anda akan nampak signboard PANTAI REDANG. Ini bukan Pantai Redang Terengganu ye, ini Pantai Redang di Sekinchan, Selangor. waktu KAK LIN tiba di Pantai Redang ni, KAK LIN tak sempat pun nak turun. Sempat tangkap gambar pokok yang KAK LIN rasakan macam unik. Tapi KAK LIN tak tau apa cerita disebalik pokok tu, yang KAK LIN nampak pokok tu besar dan ada benda merah-merah tergantung di dahan dan batang-batang pokok tu.
KAK LIN nak turun juga untuk tanya kat apek yang ada kat situ, tapi disebabkan haiwan yang KAK LIN takut berkeliaran merata-rata disitu, jadi KAK LIN lupakan hajat tu. Takpelah, nanti next time kalau ada masa kita buat kajian kat Pantai Redang ni. 











ni pokok besar yang bergantung benda-benda merah tu.

Sebab masa agak terhad, dan tujuan utama adalah membeli hasil hasil laut maka kita pandu lalu dengan laju je la kat Pantai Redang ni. 

Sebelum anda sampai ke  Pantai Redang ni, KAK LIN rasa ada 5 ke 6 tempat pemunggahan ikan-ikan segar yang boleh kita beli terus dari situ. Tiba-tiba KAK LIN rasa confius pulak, teruja sangat dengan ikan-ikan segar tu, sampai KAK  LIN lupa nak mengira berapa tempat yang menjual ikan tu. Nanti kalau korang pergi, tolong updatekan untuk KAK LIN ye.


Salah satu tempat pemunggahan ikan



Perhentian pertama KAK LIN. Sila abaikan muka yang agak teruja tu. Atas cantik je kan pakainnya, waktu ni KAK LIN pakai seluar tido tau, sebab tu tak tangkap gambar sampai bawah,hahaha, sila, jangan kecam KAK LIN.

Inilah hasil tangkapan para nelayan. Biasanya hasil tangkapan mereka akan bercampur-campur. Ni uncle-uncle ni tengah "greding"kan udang. Proses greding yang sangat cekap. Satu tong biru tu dalam 15minit je tau diaorang asingkan ikut kategori. Kalaulah KAK LIN yang greding tu, KAK LIN comfirm, mesti dah terbalik-balik dah.












Ni uncle-uncle yang gagah mengrading hasil tangkapan. Ni diaorang tengah greding udang harimau. Rasanya udang harimau, KAK LIN pun tak tanya, KAK LIN nampak belang-belang tu, udang harimau la agaknya kan.




Ni bertong-tong untuk digreding







Ini abam abam badang dibelakang tabir yang setia menjadi pembantu KAK LIN. Tengokla sotong tu, geram kan, baru naik tau tu. Tapi KAK LIN tak beli pun, sebab KAK LIN tak pernah makan sotong besar-besar gitu.

Hasil tangkapan KAK LIN kat kedai pertama ni, ikan kerapu sekor, ikan bawal 2 ekor, ikan jenahak sekor. Total tangkapan rm92. Terkejut jugak KAK LIN, ambik tak beragak kan,hehhe. Tapi berbaloi la sebab ikan yang KAK LIN ambik lebih dari sekilo. Yang paling penting, ikan tu semua insang dia masih berlendir-lendir lagi tau. 



Kat kedai kedua, KAK LIN sempat rembat udang untuk buat rencah-rencah sayur-sayur, meehoon, mee dan sebagainya. Ni KAK LIN ambik dalam sekilo. RM12 sekilo.



Ni kedai feveret KAK LIN. Kedai ni terletak mula-mula nak masuk simpang pertama. Kedai ni berdekatan dengan tokong cina.KAK LIN suka tengok sistem dikedai ni. Mula-mula kita masuk kedai ni, kita akan pilih ikan dibahagian tengah kedai. Demi menjaga kualiti barang-barang dagangan mereka, mereka dah siap asingkan udang dan ikan yang tertentu kedalam plastik.





Mereka akan menyediakan bakul merah yang tertera nombor disitu. Bila kita dah siap buat pilihan, kita akan serahkan bakul merah untuk mereka timbang dan tentukan harga. Selepas itu, pembayaran akan dibuat dikaunter. Selepas pembayaran dibuat, kita akan mendapat satu resit dimana tertera nombor bakul. Kemudian bakul merah tadi akan dibawa ketempat untuk disiang. Proses penyiangan berlaku disini.



 kaunter pembayaran



lepas bayar, ikan akan disiang



bakul yang ada nombor


Disini anda boleh mendapatkan ikan anda dengan syarat, anda serahkan resit tadi sebagai bukti. Nombor dibakul mestilah tally dengan nombor  diresit anda. Biasanya mereka akan masukkan ikan anda kedalam kotak polistren beserta air batu. Yang paling menarik, kotak polistren tu free tau. Mereka akan seletepkan kotak anda dengan kemas bagi memastikan kesegaran ikan-ikan tersebut.




Budak ni bila KAK LIN kata nak amsuk blog, terus dia tunjuk peace tu, bila KAK LIN tanya siapa nama, nanti senang orang nak refer, dia kata panggil sahaja handsome boy. Tapi layanan dia memang tip top, dia akan layan anda dengan sangat sabar sekali. Dahsyat betul mereka melayan customer.
Teringat kata-kata Jack Ma, antara 3 orang yang terpenting dalam sesebuah syarikat adalah 
1. Pelanggan
2. shareholders
3.Pekerja

Kat sini KAK LIN borong udang yang sekilo rm45. Besar jugak tau udang ni. Biasanya separuh KAK LIN akan masak udang celup tepung untuk anak-udang. KAK LIN akan togelkan udang tu, kemudian celup dengan tepung.Tepung yang KAK LIN gunakan, tepung ayam bestari. Sedap tau, KAK LIN tengok budak-budak ni kalau makan, dah macam makan nugget. KAK LIN dengan encik abg pun tumpang sekaki berlumba-lumba.



Muka happy lepas dapat ikan segar-segar. 


Selepas habis KAK LIN borong di Jeti, misi mencari ikan pelaling. Ni memang antara feveret kami jugak. Tapi untuk ikan kecil-kecil begini, kat jeti memang tak ada. Kita kena pergi ke market Sekinchan tak jauh dari jeti. Anggaran dalam 5minit dari jeti. 
Waktu ni KAK LIN beruntung sebab ikan pelaling fresh baru RM5 je sekilo. Terus en suami suruh borong 3kilo. Fuhh. Keluar dari pasar, kalau korang ikut pintu belakang pasar, korang akan keluar ke sawah padi. Terus je kekanan korang akan nampak hotel kabin sekinchan disebelah kanan korang terletak ditengah-tengah sawah padi. Kat sini siap sediakan beca tau untuk pelancong-pelancong pusing-pusing ke sawah. ada jugak KAK LIN ajak en suami naik beca tu. Siap encik suami kata takut pakcik tu tak larat nak kayuh je sebab KAK LIN gemok sangat. Sabar jela!






Habis cerita di SEKINCHAN, kami terus ke TG KARANG. Ni satu lagi antara kegemaran KAK LIN. Kopi homemade. Dia kisar biji kopi tu depan kita. Bau, rasa, aroma dia, perghhh....
Kalau beli sekilo rm18. Kalau penggemaar kopi macam KAK LIN ni, sebulan habis dah kot. Kalau korang ke tg karang jangan lupa roger-roger abang ni ye. Kopi dia memang terbaik.Habis KAK LIN borong kopi untuk bagi kat kawan-kawan dan jiran-jiran.






Sekian sahaja entri KAK LIN kali ni. Kalau jalan-jalan kat SEKINCHAN jangan lupa beli ikan segar ya.Pasti korang tak kecewa. Walaupun harganya agak mahal, tapi kepuasannya berganda.  meh tepek sikit gambo romantik, sila jangan muntah ya!! Jumpa lagi di next entri.













Wednesday 20 July 2016

49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary.

 Khas Buat Para Usahawan & Bakal Usahawan.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Tambahan: Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam.





Mengenali 4 fasa kehidupan produk ( PRODUCT LIFE CYCLE)





Teks : Noor Ezzalin
Foto : Google





========================

PRODUCT LIFE CYCLE (PLC)

========================


Hari ni saya nak share sedikit tentang kitaran produk dari sudut ekonomi.



1. Fasa Pengenalan

Pada fasa ini, pertumbuhan jualan pada sesuatu produk bergerak pada tahap yang sangat perlahan.

Pada kebiasannya, sayarikat akan mengalami kerugian kerana jualan berada ditahap yang rendah dan kos kos untuk membangunkan produk berada pada tahap yang tinggi. Contohnya kos marketing.


2. Fasa pertumbuhan

Pada fasa pertumbuhan, biasanya produk telah berada pada tahap keberkesanan. Dimana banyak feedback dan testimoni telah diperolehi.

Jualan syarikat biasanya akan meningkat dan syarikat dapat menampung segala kos. Pada tahap ini pekerja sudah berada di tahap mahir.


Di fasa ini juga agent akan bertambah kerana kepercayaan keatas produk.
Untung semakin banyak dan pada fasa inilah permintaan masyarakat melebihi pengeluaran syarikat.
Keadaan menjadi huru hara, produk menjadi famous dan dikenali.


Pada tahap inilah agent agent akan menangkap gambar berkarton karton kotak dapat dijual dalam masa yang singkat. Malahan mungkin berhari2 ada berkarton karton kotak yang akan di pos.


Inilah dikatakan fasa kegemilangan produk!!!!Ramai jutawang akan dilahirkan pada waktu ini.


3. Fasa Kematangan.


Jualan mula berkurangan. Ramai pesaing yang akan cuba meniru produk. Tercetuslah era TIRUVASI. Pesaingan mula tegang.


Syarikat yang baru yang sedang berkobar kobar akan menggandakan kos marketing untuk fight produk yang sedia ada.


Pada tahap ini, syarikat akan mengalami pasaran tepu. Dimana produk kurang mendapat sambutan kerana pelanggan mula mencari produk produk baru.


Syarikat akan mengalami kerugian pada tahap ini.



4. Fasa kemerosotan

Permintaan produk mula berkurang. Syarikat mengalami kerugian yang teruk. Jualan berada tahap minima tetapi kos overhead tetap berjalan.


Syarikat akan mengalami kerugian kalau meneruskan produk tersebut.
Pada tahap ini, syarikat perlu mencari alternatif untuk mengeluarkan produk baru.

Sekiranya produk baru dikeluarkan pada saat ekonomi merosot, pilihlah produk yang mampu milik dan produk keperluan, bukan produk kehendak.






Tuesday 19 July 2016

Bagaimana mahu memulakan bisness?


Teks : Noor Ezzalin


Bagaimanakah mahu memulakan bisness? Kita sering digembar gemburkan dengan keindahan dunia bisness. Sales yang berjuta-juta, tak cukup kaki tangan untuk post barang, agent dan dropship yang ramai didalam Malaysia. Alangkah indah sekiranya kita ditempat mereka.

Setiap perjalanan harus bermula dari bawah dahulu. Tidak salah untuk berimpian, tapi setiap impian perlukan dengan langkah yang berani.

Saya pernah terpikir, bagaimana rasanya sekiranya saya melihat duit berjuta-juta didalam akaun? Pandai ke saya menguruskan duit? Saya nak buat apa dengan duit yang banyak tu?Fuh, mesti mencabar kan. Sebab itu Allah Memberi kepada hambanya bila DIA rasa hambaNYA itu benar-benar sudah bersedia. Berbaik sangka dengan Allah. Bila kita masih belum kaya, muhasabah diri, dimana kurangnya kita.

"ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA"


Didalam dunia bisness strategi adalah point yang paling utama. Jatuh dan bangun dalam bisness itu perkara biasa. Persoalannya, bagaiman kita mahu bangkit selepas kejatuhan itu. Itu yang paling utama. Saya selalu berpegang pada satu prinsip :

 "BIAR LANGKAH ITU PERLAHAN ASALKAN IANYA ISTIQOMAH, JANGAN    LANGKAH ITU LAJU TAPI LELAH DITENGAH JALAN"



Pada pendapat saya, ada beberapa perkara yang perlu dilihat sekiranya kita mahu memulakan langkah didalam dunia perniagaan.


1. KENAPA

Ini adalah point yang paling penting untuk anda memulakan perniagaan anda. Kenapa anda mahu berniaga. Adakah anda berniaga kerana minat? Ikut trend? Membantu keluarga? Nak duit? Nak bantu ekonomi orang lain? Membina empayar?

Pastikan anda benar-benar tahu kenapa anda mahu berniaga. Tetapkan matlamat anda baru anak panah akan tersasar pada tempat yang betul.

Setiap orang mempunyai matlamat yang berbeza, yang menjadikan seseorang itu unik adalah bagaimana mereka bekerja secara luar biasa untuk mencapai matlamat tersebut.

Jadi, perkara yang paling penting adalah kenal pasti matlamat sebenar.


2. APAKAH

Bila anda sudah kenal pasti matlamat anda, cari apakah produk yang mahu anda jual.
Belajar mengenai market produk. Pastikan anda benar-benar memahami tentang produk tersebut.

Jangan berniaga kerana terlalu mengikut trending market. Pesan saya, belajar bagaimana untuk sebarkan manfaat produk, pasti produk anda akan terjual dengan mudah.


3.BILA

Bila anda boleh memulakan perniagaan? Anda perlukan modal yang besarkah untuk memulakan perniagaan? Anda perlu ada kedai untuk memulakan perniagaan?

Anda hanya perlukan KEINGINAN + TINDAKAN YANG LUAR BIASA untuk berniaga.

Bukanlah saya kata duit bukan faktor utama, duit adalah segalanya. Banyak perniagaan diluar yang boleh dilakukan tanpa modal dan tanpa kedai.

Anda boleh memulakan perniagaan anda dengan sistem dropship atau affiliate. Anda tidak perlu laburkan duit untuk membeli stok. Anda tidak perlu ada kedai untuk menyimpan stok. Pada saat inilah anda perlu belajar bagaimana untuk menangani kerenah pelanggan, bagaimana untuk menggunakan sistem dengan betul, menguruskan cash flow dengan betul, belajar bagaimana trend market. Disini adalah fasa untuk anda belajar.



4.BAGAIMANA

Bila keuntungan mula bertambah, anda sudah bersedia untuk menyimpan stok sendiri, disinilah bermulanya risiko yang sebenar. Anda sudah mara ke langkah seterusnya. Berhati-hati dengan pengurusan wang ya!
Pastikan anda mengasingkan akaun peribadi dan akaun perniagaan.

Pastikan anda benar-benar memahami produk anda. Bila anda boleh menjawab pertanyaan pelanggan dengan yakin, anda benar-benar sudah memahami produk anda.

Bagaimana mahu memastikan anda terus mara ke sasaran anda adalah dengan berguru. Carilah MENTOR yang boleh mengajar anda dibidang yang anda ceburi. Tanya dan belajar dengan sepenuh hati. Bila berguru dengan orang yang betul, kebarangkalian untuk "jatuh" didalam perniagaan itu tipis.

ILMU YANG BETUL + MENTOR YANG BETUL = SUKSESS


5.SIAPA

Pastikan anda benar-benar tahu siapa yang perlukan produk anda. Biasanya kuasa membeli lebih kepada wanita. Sekiranya anda menggunakan channel FB ADS, pastikan sasaran anda benar-benar tepat mengikut umur, jantina, interest, tempat dan sebagainya.


6.DIMANA

Dimana anda mahu menjual? 

Seiring dengan kecanggihan teknologi sekarang,pelbagai "marketing channel" boleh digunakan. Antaranya pemasaran melalui facebook, instagram, emel, website, google ads, you tube, twitter, whatsapp, sms,

Anda juga boleh menyertai mana-mana event, booth, car booth sales untuk mempromosikan produk anda. Pada waktu inilah anda boleh mempersembahkan skills yang sedia ada. Nah, tunjukkan pada mereka, betapa anda benar-benar paham dengan produk anda!



"Jatuh dan bangun dalam dunia bisness adalah perkara biasa, tapi bagaimana mahu bangun selepas jatuh itulah yang luar biasa"


SELAMAT MENCUBA SAHABAT-SAHABAT.


















Monday 18 July 2016

Salam Ukhuwah



Teks : Noor Ezzalin

Salam ukhuwah semua.....31 tahun yang lalu lahirlah seorang puteri sulung dari pasangan Mohd Sidek bin Ramli dan Rosmanir Abd Hamid. Membesar dengan sihat seperti kanak kanak yang lain,saya sering menjadi harapan keluarga, samaada dari segi akademik mahupun pengurusan dirumah.

Sebagai anak sulung didalam keluarga saya menjadi harapan dan idola kepada adik- adik.  Pesan arwah ayah pada saya, jadikan diri saya sebagai icon kepada adik-adik. Jadi along kena sentiasa jadi yang terbaik. Kata kata arwah ayah itulah yang saya pegang sehingga sekarang. Rupa rupanya kata kata ayah itulah yang menjadikan saya seorang leader. Leader dalam keluarga , leader didalam bisness dan leader kepada anak - anak.


Cita cita untuk kemenara gading akhirnya berjaya. Menamatkan sesi ijazah perakaunan di UiTM selama 5 tahun membuatkan saya benar benar teruja. Rasa macam nak muntah hijau menamatkan alam pembelajaran di universiti. Kekuatan fizikal dan mental diperlukan untuk belajar akaun ni. Alhamdullillah..berjaya juga akhirnya.


Mengengam segulung ijazah didalam bidang profesional membuatkan saya begitu teruja untuk memasuki alam pekerjaan, tapi indah khabar dari rupa. Kehidupan bekerja rupa rupanya lebih mencabar. Memohon gaji dengan kelayakan yang ada bukan semudah yang saya sangka.


Pada ketika itu , saya diterima untuk bekerja di tempat praktikal lama saya. Bermula kehidupan saya sebagai assistant auditor.
Dimarah,diperli bila saya minta beberapa resit untuk diaudit, katanya bukan company saya,ikut suka hati mereka la nak buat macammana.


Ketika itu saya betul betul naif. Terlalu jujur orang kata. Banyak benda benda yang tak masuk akal saya rasa. Benarla kata orang, praktikal dan teori terlalu banyak bezanya
Rupa rupanya ramai yang men'apply' teori " creative accounting", untuk lari dari cukai.


Masih segar diingatan saya, ketika company saya mendapat tugas audit dari company SANI EXPRESS. Ketika itu, SANI tidaklah sebesar sekarang. Kini, hotel sani tersergam indah di tengah tengah kota metropolitan. Dulu sani hanya ada bas sahaja untuk diaudit. Pernah beberapa kali beliau datang ke office untuk menghantar beberap dokumen penting.
Senyuman langsung tak lekang dari bibir beliau. Orangnya sangat lembut dan rendah diri. Beruntunglah kepada mana mana gadis yang menjadi isteri beliau.

Setelah 6 bulan saya bertahan di firma audit saya mendapat tawaran bekerja di bank islam di muadzam shah,pahang. Kerana tidak mahu berjauhan dengan keluarga saya menolak tawaran tersebut. Beberapa bulan selepas menolak tawaran tersebut sy telah dipanggil untuk bekerja sebagai seorang pensyarah di salah sebuah kolej swasta di gombak. Bermulalah karier saya sebagai pendidik. 

Disinilah saya mencipta satu lagi karier baru iaitu berniaga secara sambil sambilan.
Selain mengajar, berniaga di kolej saya juga melakukan part time tuisyen di rumah rumah orang. Saya juga pernah menjual tudung (ni ambik kat jalan TAR, kedai yang hujung tu, memang murah gila), baju pasang(beli kat jalan TAR jugak, ingat lagi supplier dia nama Kak Ju) menjual DCL(siap student semua borong beli ubat minda tu), pinggan mangkuk MENANGWARE, COSWAY(kupon siap boleh redeem beli vacum), AVON(siap dapat credit yang rm250 tu), Jual kuih raya,(siap untung dia, bayar MYVI bulan tu)


Kegigihan untuk mengumpulkan duit untuk berkahwin buat saya lupa tentang letih dan penat bekerja. Income saya untuk tuisyen dirumah mencecah rm2,000 sebulan. Bila diingat ingat begitu bersungguh sungguh saya mencari duit ketika itu. 

Memang sebenarnya saya benar benar menyintai dunia perniagaan. Saya sebenarnya memang dilahirkan dari darah berniaga. Dari atuk kedua-dua belah ibu dan ayah adalah peniaga. Ayah juga peniaga. Cuma mereka tidaklah berniaga secara profesional, mempunyai company yang tersengam indah. Hanya meniaga dipasar malam. Tapi dengan berniaga tula, ayah dapat membesarkan kami adik beradik. malahan boleh beli rumah dan kereta cash lagi pada waktu itu.


Ketika kandungan berusia 7bulan, saya mendapat kerja di ptpl seremban. Bertugas sebagai pensyarah akaun.Setahun kemudian, me'resign'kan diri dan memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa, walaupun pada ketika itu komitmen saya sangat banyak, dan pada detik itulah bermula dunia perniagaan saya yang sebenar, sehinggalah bergelar JUTAWAN QASEH. 

Bagaimana perjalanan saya bermula dengan QASEH GOLD, saya akan ceritakan di next entri.

Salam ukhuwah dari saya, NOOR EZZALIN BINTI MOHD SIDEK.